Tiap manusia yang lahir di atas muka bumi ini tidak akan lepas dari melakukan kesilapan. Dan kerana insan itu sudah difitrahkan mudah lupa maka manusia sering kali mengulangi kesilapan yang sama hanya kerana mereka lupa akan kesilapan masa lalu. Jadi mengapa harus aku dihukum berkali-kali atas dosa silamku. Sedangkan sudah berkali juga ku pohon maaf darimu. Aku hanya insan biasa.

Dan manusia juga difitrahkan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan situasi. Jadi tidak mustahil untuk aku berubah dan tidak mengulangi kesilapan lalu. 11 JULAI 2006 adalah tarikh aku berazam untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Aku pulang padamu untuk memperbetulkan keadaan. Aku pulang bukan untuk pergi lagi. Dan aku tidak akan pergi dari kau cuma nama ikatan ini yang berbeda. Apa ada pada nama sedangkan kasih sayang dan perhatianku padamu lebih dari kemunculan aku yang dulu. Tidak cukupkah dengan apa yang telah ku korbankan untukmu. Semuanya untuk kebahagianmu.

Bukan ku tidah berduka. Peritnya hati bila perlu memilih untuk berpisah denganmu. Sedang hati dan perasaan ku adalah milikmu. Mungkin ada yang tidak mengerti. Tapi aku amat yakin dengan perasaan ku. Aku amat cinta padamu. Teramat. Sedang kita sama-sama membina mimpi yang indah di masa depan untuk hidup bersama, mempunyai sebuah mahligai yang indah. Dan di situ hanya ada dunia kau dan aku. Sungguh indah. Tapi kita alpa dengan apa yang telah menjadi ketentuanNYa. Impian itu hanya tinggal harapan. Bagaimana harus kuyakinkan padamu apa yang ada di hatiku. Dan aku tidak akan menyalahkan mu jika kau tidak mengerti. Cuma kupohon agar kau cuba memahami situasi kita. Walau seribu tahun kita bersama, tidak mungkin aku akan menjadi milikmu secara mutlak. Itu adalah hakikat kehidupan yang perlu kita terima.

Wahai kesayanganku, maafkan lah aku atas kesilapan lalu dan tolong jangan hukum aku atas takdir perjalanan hubungan kita kerna semuanya sudah tersirat. Dan bukan atas kuasa ku untuk mengubahnya. Maafkan aku.